What Time Is It?

I love crochet
I love making
I love blogging
I love dreaming
I love sentimental
I love photographing
I am shy
I am quiet
I am talkative
I like animation movie
I like beautiful drawing
I care for my love one
I care about how others feel
I care about what i am looking for
I care about how others think of me

Follow by Email

Friday, June 26, 2015

DSV Tahun2 : Cetakan - menghasilkan pembalut hadiah dengan teknik cetakan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca senyap yang mengunjungi laman ini. Selasa adalah hari yang mempunyai waktu seni dalam jadual waktu saya, maka hasil murid-murid kali ini telah mencapai objektif mendorong saya untuk ambil gambar dan kongsi dengan semua.

Tajuk yang saya dedahkan kepada murid-murid saya pada kali ini ialah: Hasilkan satu pembalut hadiah dengan menggunakan teknik cetakan.

Kalau mengikut RPT, bahan untuk cetakan termasuklah bongkah kayu, tali parcel dan gam uhu. Bagi Hana, budak tahun 2 yang umurnya 8 tahun, mana nak cari bongkah kayu. Kalau disuruh beli, bukan tentu dapat cari bongkah kayu di mana-mana kedai. Maka, Hana cuba menjadi lebih kreatif dan inovasi dimana bongkah kayu diganti dengan kotak air minuman. Tali parcel digantikan dengan benang kait yang senang didapati dari kedai benang ataupun kedai kraftangan. Uhu tidak diperlukan sama sekali sebab benang kait boleh diikat dengan ketat.

Mari kita mulakan PdP kita.

Bahan yang diperlukan: Kotak air minuman, benang kait, cat air, berus cat, dan kertas lukisan.


Langkah:
     1. Bersihkan kotak air minuman terlebih dahulu sebelum digunakan.
     2. Lilitkan tali benang pada kotak air minuman.
     3. Sediakan cat air dan kertas lukisan.
     4. Gunakan berus cat, warnakan hanya satu permukaan benang yang dililit pada kotak aminuman.
         (tiga permukaan untuk pegang)

     5. Cetakan corak lilitan benang yang telah diwarnakan dengan cat air ke atas kertas lukisan.
     6. Ulangi langkah 4 dan 5 untuk menghasilkan corak cetakan yang berulang.
     7. Galakkan murid mencetak corak tersebut dengan terancang.
     8. Murid boleh menggunakan warna yang berlain untuk menghasilkan karya yang lebih menarik.
Di bawah adalah hasil kerja yang dihasilkan oleh murid saya yang kreatif dan cantik.


Gambar 'close up' hasil kerja anak-anak murid saya.



Dan hasil kerja saya sebagai contoh kepada mereka.



Sekian sahaja, harap petikan saya ini dapat membantu anda dalam merancang RPH yang akan datang.

Terima kasih atas kunjungan anda.

0 comments:

Followers

 

Adore The Sunshine Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang