Tajuk yang saya dedahkan kepada murid-murid saya pada kali ini ialah: Hasilkan satu pembalut hadiah dengan menggunakan teknik cetakan.
Kalau mengikut RPT, bahan untuk cetakan termasuklah bongkah kayu, tali parcel dan gam uhu. Bagi Hana, budak tahun 2 yang umurnya 8 tahun, mana nak cari bongkah kayu. Kalau disuruh beli, bukan tentu dapat cari bongkah kayu di mana-mana kedai. Maka, Hana cuba menjadi lebih kreatif dan inovasi dimana bongkah kayu diganti dengan kotak air minuman. Tali parcel digantikan dengan benang kait yang senang didapati dari kedai benang ataupun kedai kraftangan. Uhu tidak diperlukan sama sekali sebab benang kait boleh diikat dengan ketat.
Mari kita mulakan PdP kita.
Bahan yang diperlukan: Kotak air minuman, benang kait, cat air, berus cat, dan kertas lukisan.
Langkah:
1. Bersihkan kotak air minuman terlebih dahulu sebelum digunakan.
2. Lilitkan tali benang pada kotak air minuman.
3. Sediakan cat air dan kertas lukisan.
4. Gunakan berus cat, warnakan hanya satu permukaan benang yang dililit pada kotak aminuman.
(tiga permukaan untuk pegang)
7. Galakkan murid mencetak corak tersebut dengan terancang.
8. Murid boleh menggunakan warna yang berlain untuk menghasilkan karya yang lebih menarik.
5. Cetakan corak lilitan benang yang telah diwarnakan dengan cat air ke atas kertas lukisan.
6. Ulangi langkah 4 dan 5 untuk menghasilkan corak cetakan yang berulang.7. Galakkan murid mencetak corak tersebut dengan terancang.
8. Murid boleh menggunakan warna yang berlain untuk menghasilkan karya yang lebih menarik.
Di bawah adalah hasil kerja yang dihasilkan oleh murid saya yang kreatif dan cantik.
Gambar 'close up' hasil kerja anak-anak murid saya.
Dan hasil kerja saya sebagai contoh kepada mereka.
Gambar 'close up' hasil kerja anak-anak murid saya.
Dan hasil kerja saya sebagai contoh kepada mereka.
Sekian sahaja, harap petikan saya ini dapat membantu anda dalam merancang RPH yang akan datang.
Terima kasih atas kunjungan anda.